Monday, August 21, 2006

Jurnal 3 : RIBUT DARI GURUN
Oleh A. Ubaidillah Alias

SIRI jurnal ‘Ribut Dari Gurun’ ini akan saya tamatkan di sini. Justeru, saya mahu menampal beberapa gambar berkaitan peperangan di Lubnan. Gambar itu saya terima menerusi emel warga Lubnan. Di samping itu, saya mahu meluahkan sikap pelik rakyat dan pemimpin Malaysia.


Tuesday, August 15, 2006

Jurnal 2 : SIHIR DARI LANGIT MILKY WAY

SAYA tiba di Kaherah dengan selamat. Perjalanan kami dari Iskandariah ternoktah sebaik tiba di stesen keretapi Ramses. Keesokannya, saya menyambung tugasan sendiri yang melibatkan penulisan. Saya masih perlu menulis untuk buletin KERIS. Begitu juga menyiapkan jurnal ini untuk Suara Hewi. Dalam tempoh itu, saya meneliti berita-berita dari internet.

Saya memetik kekunci dan membaca maklumat yang tertera di skrin. Saya tidak pasti, adakah internet di rumah saya disambung menerusi kabel atau satelit. Apapun, internet ibarat sihir yang hebat. Ia umpama gudang besar yang menyimpan segala bahan maklumat dan kuncinya terletak di hujung jari kita. Hebat bukan? Jari anda adalah kunci kepada seluruh maklumat di dunia. Begitu juga satelit yang terapung di langit Milkyway. Ia juga sebagai penyambung maklumat dari benua ke benua. Hebat! Oh ya, mungkin anda sudah tahu bahawa Milkyway adalah nama sistem suria yang kita diami ini. Manakala Nebula adalah sistem suria yang paling dekat dengan kita.

Jurnal 1 : SYAITAN DARI NABLUS

NUKILAN ini saya mulakan dari Asofirah. Saat malam masih muda dan angin segar pesisir Mediterranean mengiwir lembut. Saya beruntung dapat menjenguk seketika bumi Ini. Keluar seketika dari kota Kaherah membuatkan jiwa saya segar. Panorama di sini memukul bongkah-bongkah beku dalam cepu minda saya hingga cair. Terasa neuron di kepala mengalir pantas di segenap serebrum dan serebelum otak. Perlahan-lahan saya dongak ke atas. Langit Asofirah kelihatan kelam dan kabur.

Thursday, June 15, 2006

UPDATE

Tak tahu kenapa, setiap kali nak update blog mesti line problem. Komputer jadi lembab dan kena menunggu lama. Kalau buka site lain, ok jer. Aduh! Maaflah kalau lambat update, bukan apa... masa tak cukup nak menunggu depan pc. Kalau lepas ni pun kena menunggu lama macam ni, alamat boleh tutup site.

KATIL dan MEJA

Musim exam baru ni memang problem betul untuk lelapkan mata atas katil. Sebab panas + nyamuk. Punca kepanasan tu disebabkan cadar yang dipakai adalah jenis bulu(saratoga). So, terpaksalah aku bertanya pada teman serumah yang ada kain cadar bukan jenis bulu.

Alhamdulillah, ada juga temanku(Luqman) yang baik hati mencari kain cadar dan memberikannya tanpa sebarang cas. Lepas tu, tidur aku tidak lagi terganggu sekalipun nyamuk menyerang bertalu-talu.



(Katilku)

----------------

(Edisi ayat merepek)

SERIUS BERBINCANG

Sepanjang musim exam, tak banyak perkara berlaku. Sebaik exam selesai, kami satu rumah mula bincang tentang duit sewa rumah, api, air, bayaran line internet dan lain-lain. Dulu-dulu(sebelum pulang Malaysia pada tahun lepas) aku yang biasa jadi orang tengah, juru runding untuk berbincang soal DUIT SEWA. Kadang-kadang aku juga jadi juru runding jika ada antara teman serumah yang clash. Setelah balik bercuti lama di Malaysia dan kembali ke sini...aku dah jadi penghuni biasa. Tak banyak jadi juru-juru ni. Bila ada keperluan rumah yang memerlukan sokongan, bantuan dan perbincangan...aku join.

Benda yang nak dibincangkan kecil sangat, tapi sebab ada sikap ego(mungkin)...benda tu terus susah nak selesai. Asalnya cuma nak minta duit bayaran line internet. Tapi, ada yang segan nak mengaku duit tak ade, dia cuba tangguhkan dulu. Ditambah pula dengan si peminta yang agak malu-malu kucing...kerja lambat nak settle. Yang tukang jaga line tu duk ready nak potong. Lambat jer bayar, prap! Dia potong. Bila kena potong, alamatnya kena berusah payah plak berunding + tambah bayaran + masa rugi dan lain-lain.

Anyway, dalam soal berbincang ni...memang kena ada yang berterus terang. Cakap direct dalam perkara yang melibatkan wang, hak dan tuntutan duduk satu rumah. Biar transparent, barulah cepat settle. Ni asyik duk malu-malu kucing, mungkin nak jaga hati kot. Tak apelah, yang penting perkara yang nak diselsaikan tu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Setakat pemerhatian saya, rakan-rakan kita sekarang kurang mahir dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah. Kalau berbincang bab artis, bola, perkara-perkara lagha tu memang pandailah. Tapi, bila ada isu besar sikit jer...terus jadi blank. Tak tahu nak tackle the main problem, tak tahu nak suggest alternative untuk settlekan masalah. Even setakat nak berbincang perkara kecil pun dah jadi rumit, inikan pula nak bincang isu besar.

Begitu juga kalau berbincang soal-soal privacy yang mungkin menyentuh sensitiviti. Kadang-kadang sesetengah kita tak tahu membezakan perkara yang boleh dan tak boleh disebut. Errmm...apapun, perkara ni bergantung pada diri masing-masing.

Tapi, aku rasa ini bertitik tolak pada sikap serius yang ada dalam diri masing-masing. Aku yakin, jika kita betul-betul serius berfikir, berbincang dan brainstorming kejap. Akan ada natijah yang baik dari perbincangan yang berlangsung.

"Selesaikan masalah dengan cara yang tidak bermasalah"

Titik!

Sunday, May 28, 2006

KAHWIN MISYAR?

Pernah kawan bertanya "Enta berapa beradik?"

Aku jawab : 15.

Kawan : Betul ke? Sorang mak ada 15 anak?

Aku : Taklah, 15 beradik tu lahir menerusi dua orang mak. Ibu saya lahirkan 8 beradik including me. Ibu(tiri) saya sorang lagi lahirkan 7 beradik. Semuanya 15 beradik. Ramai kan?

Kawan : Hubungan cam mana? Rapat ke...atau...

Aku : Rapat...sangat rapat. Saya selalu ulang alik ke rumah ibu tiri semenjak umur sebelas tahun lagi. Adik tiri saya yang sulong(Siti Afifah) memang banyak membesar dengan saya. Saya selalu dukung dan bermain(waktu bersama).

Kawan : Uh, respect ah bapa awak. Boleh kahwin dua dan bahagia.

Aku : Saya lagi respect ibu saya. Dia isteri pertama dan dia tak pernah marahkan ibu muda. Malah kalau ada perkara-perkara mengenai hak, ibu saya yang sering ingatkan bapa supaya berlaku adil.

Kawan : Ish! Biar betul.

Aku : Betullah. Kalau ada lelaki kahwin dua dan bahagia. Bagi saya, itu bukan kejayaan si suami semata-mata...tetapi adalah berkat isteri pertama. Dia yang banyak bersabar dan berkorban dalam hal kahwin dua ni. Cemburu memang cemburu, tapi ibu saya sangat sabar kerana dia dididik oleh Atuk saya dengan penuh didikan agama. Saya tak boleh bayangkan bagaimana keadaan bapa kalau ibu saya kurang didikan agama. Pasti saya juga berada dalam suasana rumahtangga yang kusut.

Bapa saya memang beruntung juga, sebab ibu(tiri) saya yang sorang lagi tu juga orangnya baik. Tidak banyak mulut dan sering merendah diri.

Kawan : Saya setuju tu, ramai lelaki kahwin dua yang huru hara. Bergaduh, berbalah sampai cerai berai. Anak-anak yang jadi mangsa keadaan. Sebab utama, isteri pertama tak dapat terima hakikat dan kenyataan suaminya kahwin sorang lagi. Ditambah pula dengan sikap isteri muda yang 'demand'...memang pecah terbelah ler rumahtangga.

So, kesimpulannya. Sesiapa nak kahwin dua... selain masalah duit, paling penting kena fikirkan soal agama. Tak usah fikir soal kahwin misyar atau apa. Agama tu kena tahu dahulu. Mereka yang terdidik jiwanya dengan agama insya allah akan mampu memberi keharmonian dalam rumah tangga.

Moral : Jadilah ibu seperti kedua-dua ibu saya. :)

Tuesday, May 23, 2006

RUTIN
Sehari dua ni memang tak banyak perkembangan. Musim exam memang jarang keluar rumah. Melainkan ke Masjid untuk solat fardhu atau membeli bahan mentah. Di rumah, aku membaca buku. Aktiviti sampingan yang aku sering buat adalah memasak, melukis dan menulis.

MEMASAK


Musim exam ni boleh juga cuba menu baru. Setakat ni tak banyak menu yang aku dah try. Antaranya, gulai ikan asam pedas(tak cukup ramuan), pisang goreng special, nasi goreng cina dan lain-lain. Menu biasa yang aku sering masak untuk housemate : sayur campur, gulai kari(ikan/daging) dan daging goreng masak halia. Selalunya kalau hari sabtu, aku masak 3 menu tu untuk lunch.

Sunday, May 21, 2006

KEBIASAAN YANG BIASA-BIASA

Hari ni aku memasak, dan biasanya aku memasak tiga jenis hidangan. Tapi, bajet rumah untuk bulan ni dah ciput ...so kena jimat cermat. Langkah mudah, aku turun beli sardin kat kedai Hamada. Masak kari ikan sardin dan telur dadar goreng, setel!

Semalam bukan main susah nak tidur, nyamuk duk ngong-ngeng-ngong-ngeng! Sampai ke pagi aku duk berperang. Last2 lepas subuh jugak baru mata aku boleh lena. Kalau beginilah hari2, memang naya. Bukan apa, aku selalu rancang nak baca buku lepas subuh...tup! Tup! tertidur juga. Aduiii...tak larat nak berperang hari2 dengan nyamuk.

Malam ni, aku nak siapkan lukisan. Kalau boleh lukisan tu untuk lagendcomics. Tengoklah cam mana. Kalau nampak ok, proceed jer. Esok ada perjumpaan di ARMA dengan Dato Pa(Menteri Pengajian Tinggi). Aku dah sedia beberapa soalan yang berkaitan, harapnya adalah peluang untuk bertanya nanti. Insya Allah!

Wassalam.

Saturday, May 20, 2006

Aku betul-betul mahu menjadi lelaki yang tahu berkeluarga. Aku betul-betul nak belajar mengurus keluarga dan menguasai seni rumahtangga. Bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Jika kita membaca kitab jawi bertajuk 'Muhimmah Fi Ulumil Hadis' terlalu banyak dinyatakan pernana suami isteri yang telah ditetapkan oleh agama.



Memangpun tanggungjawab suami terhadap keluarganya sangat banyak(berat). Especially tanggungjawab dalam membina rumahtangga beragama(Baitul muslim). Kalau ada masa, aku nak cuba habiskan buku karangan Abdullah Nasih Ulwan "Childhood Parenting" atau dalam bahasa arabnya "Tarbiatul Aulad". Insya allah.



Sekarang ni aku sendiri nak perkemaskan diri dari sudut keagamaan. Sebab ia adalah ilmu asas. Dengan menguasai bacaan Al-Quran, tajwidnya dan boleh menjadi imam solat. Menguasai ilmu-ilmu berkaitan halal dan haram. Selain itu kena tahu juga ilmu sampingan, macam kemahiran bernegosiasi, memasak, mengemas rumah dan lain2.



Insya allah, mohon Allah permudahkan jalan untuk aku menguasai ilmu-ilmu tersebut. Amin!