Monday, August 21, 2006

Jurnal 3 : RIBUT DARI GURUN
Oleh A. Ubaidillah Alias

SIRI jurnal ‘Ribut Dari Gurun’ ini akan saya tamatkan di sini. Justeru, saya mahu menampal beberapa gambar berkaitan peperangan di Lubnan. Gambar itu saya terima menerusi emel warga Lubnan. Di samping itu, saya mahu meluahkan sikap pelik rakyat dan pemimpin Malaysia.


Tuesday, August 15, 2006

Jurnal 2 : SIHIR DARI LANGIT MILKY WAY

SAYA tiba di Kaherah dengan selamat. Perjalanan kami dari Iskandariah ternoktah sebaik tiba di stesen keretapi Ramses. Keesokannya, saya menyambung tugasan sendiri yang melibatkan penulisan. Saya masih perlu menulis untuk buletin KERIS. Begitu juga menyiapkan jurnal ini untuk Suara Hewi. Dalam tempoh itu, saya meneliti berita-berita dari internet.

Saya memetik kekunci dan membaca maklumat yang tertera di skrin. Saya tidak pasti, adakah internet di rumah saya disambung menerusi kabel atau satelit. Apapun, internet ibarat sihir yang hebat. Ia umpama gudang besar yang menyimpan segala bahan maklumat dan kuncinya terletak di hujung jari kita. Hebat bukan? Jari anda adalah kunci kepada seluruh maklumat di dunia. Begitu juga satelit yang terapung di langit Milkyway. Ia juga sebagai penyambung maklumat dari benua ke benua. Hebat! Oh ya, mungkin anda sudah tahu bahawa Milkyway adalah nama sistem suria yang kita diami ini. Manakala Nebula adalah sistem suria yang paling dekat dengan kita.

Jurnal 1 : SYAITAN DARI NABLUS

NUKILAN ini saya mulakan dari Asofirah. Saat malam masih muda dan angin segar pesisir Mediterranean mengiwir lembut. Saya beruntung dapat menjenguk seketika bumi Ini. Keluar seketika dari kota Kaherah membuatkan jiwa saya segar. Panorama di sini memukul bongkah-bongkah beku dalam cepu minda saya hingga cair. Terasa neuron di kepala mengalir pantas di segenap serebrum dan serebelum otak. Perlahan-lahan saya dongak ke atas. Langit Asofirah kelihatan kelam dan kabur.