Thursday, October 23, 2008

SOALAN 22hb Oktober

Soalan 1 : Assalamualaikum ustaz, maaf mengganggu. Saya nak tanya, ana terlibat dengan organisasi dakwah kepada non-muslim. Tapi ada orang kata "akidahpun tak kukuh nak belajar agama orang". Apa pandangan ustaz?

Respon : Firman Allah "Dan siapakah yang lebih mulia perkataannya selain daripada orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh serta mengatakan aku ini dikalangan orang yang menyerah diri kepada Allah"

Wednesday, October 15, 2008

BAGAIMANA MENOLAK CINTA?

Soalan SMS : Ustaz, kawan saya seorang muslimah, ada dua orang lelaki sukakan dia. Seorang berkias dan seorang lagi memberitahu secara direct. Boleh tahu bagaimanakah cara untuk menolak cinta keduanya? Adakah wajib memakai purdah dalam situasi ini?

RESPON : Sebelum menjawab, saya perlu jelaskan soal jodoh dan perasaan.

Sunday, October 12, 2008

PERSOALAN LAZIM

Seringkali saya ditanya beberapa soalan ini melalui SMS.

- Apa pandangan ustaz berkahwin masa belajar?

Saya balas : Bagi perempuan, berkahwin itu perlu disegerakan apabila sudah ada calon yang sesuai.
Bagi lelaki, sebagusnya setelah tamat belajar dan sesudah mendapat kerja.

- Ustaz, salahkah lelaki SMS dengan perempuan?

Saya balas : Semuanya bergantung pada niat. Jika punya tujuan yang jelas dan tidak berunsur romans atau berbaur ghairah. Teruskan. Sebaliknya, hindarkan zina hati.

- Ustaz, bolehkah ustaz tolong selesaikan masalah saya?

saya balas : Saya memberi cadangan, jika sesuai gunakan. Saya hanya membantu, yang menyelesaikan masalah itu adalah anda sendiri.

Bermula dari persoalan sebegini, lalu ia bersambung dan membuahkan perbicaraan secara maya. Saya juga tidak kenal pengirim namun saya berhasrat membantu apa-apa yang wajar.

Tuesday, September 09, 2008

PARADIGMA 3 (Persiapkan Diri Sendiri)

قال العلماء : أصلح نفسك وادع غيرك

Maksudnya : Baiki diri kamu dan serulah yang lain.

Harus diingat, semua orang menemui ajal. Persiapkan diri kita dan ajaklah yang lain agar turut membuat bekal ke akhirat. Sebaliknya, jangan kita sibuk mencari kelemahan dan bersusah payah mencari silap orang sedangkan kelemahan sendiri tidak diperbaiki.

Pembentangan Ilmiah
TUJUH PARADIGMA ASAS DALAM DAKWAH (NAHI MUNGKAR)
Oleh Ustaz A. Ubaidillah bin Alias



قال تعالى : ليس عليك هداهم ولكن الله يهدى من يشاء

قال تعالى : يأيها الذين أمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم ولا تجسسوا ولا يغتب بعضكم بعضا

قال العلماء : أصلح نفسك وادع غيرك

قال تعالى : يأيهاالرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك

قال النبي : انصر أخاك ظالما أو مظلوما . قال : هذا ننصره مظلوما وكيف ننصره ظالما؟ قال : تأخذ فوق يديه

قال النبي : الدين النصيحة وفى رواية آخرقال النبي : "لا تغضب" أربع مرات

قال تعالى : والعصر إن الإنسان لفى خسر * إلاالذين أمنوا وعملوا الصالحات * وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر


MUKADDIMAH

Sejujurnya medan dakwah kita tidak serupa dan iklim kita berbagai. Untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang bervariasi ini kita memerlukan beberapa asas paradigma sebagai pendakwah. Untuk melaksanakan nahi mungkar, kita tidak boleh memfokuskan pada kerja pencegahan kejahatan semata-mata. Kita harus sedar bahawa kejahatan adalah simptom yang lahir dari beberapa kegagalan aspek tertentu. Untuk mengubati punca kejahatan ini, kita perlu memahami beberapa asas yang lebih dasar.