Thursday, June 15, 2006

UPDATE

Tak tahu kenapa, setiap kali nak update blog mesti line problem. Komputer jadi lembab dan kena menunggu lama. Kalau buka site lain, ok jer. Aduh! Maaflah kalau lambat update, bukan apa... masa tak cukup nak menunggu depan pc. Kalau lepas ni pun kena menunggu lama macam ni, alamat boleh tutup site.

KATIL dan MEJA

Musim exam baru ni memang problem betul untuk lelapkan mata atas katil. Sebab panas + nyamuk. Punca kepanasan tu disebabkan cadar yang dipakai adalah jenis bulu(saratoga). So, terpaksalah aku bertanya pada teman serumah yang ada kain cadar bukan jenis bulu.

Alhamdulillah, ada juga temanku(Luqman) yang baik hati mencari kain cadar dan memberikannya tanpa sebarang cas. Lepas tu, tidur aku tidak lagi terganggu sekalipun nyamuk menyerang bertalu-talu.



(Katilku)

----------------

(Edisi ayat merepek)

SERIUS BERBINCANG

Sepanjang musim exam, tak banyak perkara berlaku. Sebaik exam selesai, kami satu rumah mula bincang tentang duit sewa rumah, api, air, bayaran line internet dan lain-lain. Dulu-dulu(sebelum pulang Malaysia pada tahun lepas) aku yang biasa jadi orang tengah, juru runding untuk berbincang soal DUIT SEWA. Kadang-kadang aku juga jadi juru runding jika ada antara teman serumah yang clash. Setelah balik bercuti lama di Malaysia dan kembali ke sini...aku dah jadi penghuni biasa. Tak banyak jadi juru-juru ni. Bila ada keperluan rumah yang memerlukan sokongan, bantuan dan perbincangan...aku join.

Benda yang nak dibincangkan kecil sangat, tapi sebab ada sikap ego(mungkin)...benda tu terus susah nak selesai. Asalnya cuma nak minta duit bayaran line internet. Tapi, ada yang segan nak mengaku duit tak ade, dia cuba tangguhkan dulu. Ditambah pula dengan si peminta yang agak malu-malu kucing...kerja lambat nak settle. Yang tukang jaga line tu duk ready nak potong. Lambat jer bayar, prap! Dia potong. Bila kena potong, alamatnya kena berusah payah plak berunding + tambah bayaran + masa rugi dan lain-lain.

Anyway, dalam soal berbincang ni...memang kena ada yang berterus terang. Cakap direct dalam perkara yang melibatkan wang, hak dan tuntutan duduk satu rumah. Biar transparent, barulah cepat settle. Ni asyik duk malu-malu kucing, mungkin nak jaga hati kot. Tak apelah, yang penting perkara yang nak diselsaikan tu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Setakat pemerhatian saya, rakan-rakan kita sekarang kurang mahir dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah. Kalau berbincang bab artis, bola, perkara-perkara lagha tu memang pandailah. Tapi, bila ada isu besar sikit jer...terus jadi blank. Tak tahu nak tackle the main problem, tak tahu nak suggest alternative untuk settlekan masalah. Even setakat nak berbincang perkara kecil pun dah jadi rumit, inikan pula nak bincang isu besar.

Begitu juga kalau berbincang soal-soal privacy yang mungkin menyentuh sensitiviti. Kadang-kadang sesetengah kita tak tahu membezakan perkara yang boleh dan tak boleh disebut. Errmm...apapun, perkara ni bergantung pada diri masing-masing.

Tapi, aku rasa ini bertitik tolak pada sikap serius yang ada dalam diri masing-masing. Aku yakin, jika kita betul-betul serius berfikir, berbincang dan brainstorming kejap. Akan ada natijah yang baik dari perbincangan yang berlangsung.

"Selesaikan masalah dengan cara yang tidak bermasalah"

Titik!

2 comments:

tintaHati said...

Menurut seorg saintis dr Miami (April 2000), nyamuk TDK hinggap pd semua org sebaliknya memilih mangsa melalui AROMA bau badan.

Prof Jerry Butler (pakar entomologi dr Uni. Florida) mengatakan, nyamuk mengeksploitasikan bau yg dihasilkan oleh badan utk membeza-bezakan mereka yg kurang menarik. Haha-mgkn ada sesuatu yg menarik tntg anda sehingga nyamuk tertarik.. =D

A. Ubaidillah Alias said...

Hehe. Biar betul tintahati.