Tuesday, August 15, 2006

Jurnal 1 : SYAITAN DARI NABLUS

NUKILAN ini saya mulakan dari Asofirah. Saat malam masih muda dan angin segar pesisir Mediterranean mengiwir lembut. Saya beruntung dapat menjenguk seketika bumi Ini. Keluar seketika dari kota Kaherah membuatkan jiwa saya segar. Panorama di sini memukul bongkah-bongkah beku dalam cepu minda saya hingga cair. Terasa neuron di kepala mengalir pantas di segenap serebrum dan serebelum otak. Perlahan-lahan saya dongak ke atas. Langit Asofirah kelihatan kelam dan kabur.



Sore[1] tadi, saya menjengah dewan Zajlatul Abidah atau markaz DPM Iskandariah. Di sana, saya berbicara beberapa topik seputar dunia penulisan. Bermula dari topik mencari idea sehingga pembikinan karya. Boleh jadi, itu kali terakhir saya berprogram di Iskandariah. Saya pasti akan pulang ke tanah air sejurus bergelar graduan september ini. Masa terasa benar-benar singkat untuk menabur budi pada rakan seperjuangan. Tapi, itulah lumrah. Selepas datang, kita akan pergi. Selepas bertemu, kita akan berpisah. Ya, selepas hidup kita akan mati pula.

Keretapi kami akan berlepas pada jam 10.25malam. Sedangkan jam ketika itu baru sahaja 9.00 malam. Saya mengajak ustaz Arif Fadhilah untuk singgah di mat’am[2] Syandoli bagi mencicip fatirah billahmah[3] terlebih dahulu. Selalunya saya memesan fatirah bilkrimah[4]. Hari ini, kami tukar menu. Sambil menunggu hidangan, saya dan dia berbicara tentang Lubnan. Tidak banyak isi yang mampu kami cernakan dalam perbualan lantaran maklumat saya dan dia agak terbatas.

Kami bergerak dari Asofirah ke Sidi Gabir dengan keretapi bawwab. Sebaik tiba di Sidi Gabir, tepat jam 10.35 malam kami mengambil tempat di gerabak nombor enam keretapi Asbahani yang akan membawa kami pulang ke Kota Fustat. Kerusi yang empuk ditambah hawa dingin yang nyaman, cukup membuatkan kami ralit sepanjang perjalanan. Namun, fikiran saya masih berputar memikirkan beberapa urusan yang bakal diselesaikan sebaik tiba di Kaherah. Saya mencapai buku catatan dan mencatat beberapa perkara. Ketika itulah, persoalan Lubnan menjengah kembali.

Hati saya pecah berkeping-keping dan jiwa saya ditarik ke Nablus, Gaza dan Tulkarem. Saya teringatkan Hamas yang ditekan syaitan-syaitan Israel. Pantas jiwa saya terbang lagi ditarik cebis-cebis memori hingga singgah di Lubnan. Ada pedih mencucuk sebaik mengingatkan kehancuran yang menimpa Lubnan dan Hizbullah. Syaitan yang menyerang Palestin adalah syaitan yang sama menyerang Lubnan. Mereka adalah syaitan-syaitan dari Nablus. Mereka adalah S.Y.A.I.T.A.N! Sebut betul-betul : S.Y.A.I.T.A.N!

Beberapa minggu yang lalu saya membaca keratan akhbar Utusan Malaysia di sawang[5] maya. Terdapat kisah dua beradik yang mati terkena letupan bom, Shahd Okal iaitu bayi berumur 8 bulan dan kakaknya Maria Okal berumur 5 tahun. Disertakan bersama dalam akhbar itu gambar wajah mereka berdua yang pucat setelah menjadi jasad kaku. Ketika itu beberapa tempat awam di Lubnan seperti lapangan terbang antarabangsanya telah di bom. Ramai orang awam terbunuh.

Syaitan-syaitan ini turun dari bumi Nablus sambil menunggang jet ifrit yang berisi api-api neraka lalu memuntahkannya di atas wajah Lubnan. Motifnya apa? Tidak ragu-ragu lagi mereka cuma mahukan kemusnahan dan korban darah. Syaitan ini tidak tahu bahasa manusia. Apatah lagi hendak mengerti bahasa perdamaian dan keamanan. Mereka cuma tahu tembak! Bakar! Dan Bunuh! Bahkan, wakil Dajal(Amerika) telah menyatakan dalam satu sidang akhbar bahawa peperangan hanya akan berakhir di Lubnan jika ‘tidak ada lagi militia’ (Hizbullah).

Keretapi meluncur laju ke Kaherah. Saya diam. Hanya pandangan dilontar jauh keluar tingkap.

Gelap!

Lagi, saya membaca catatan akhbar bahawa satu mesyuarat di Rom telah diadakan berkaitan sengketa Lubnan. Turut hadir setiausaha negara Dajal(Amerika) iaitu Condoleezza Rice. Keputusannya tetap positif! Mereka gagal mewujudkan gencatan senjata sebaliknya memberi ‘kuasa’ kepada syaitan bagi menghapuskan Hizbullah. Dengan angkuh Menteri Keadilan syaitan, Haim Ramon berkata.

‘‘Semalam di Rom, kami telah diberi kuasa(oleh Dajal) untuk meneruskan operasi sehingga Hizbullah tiada lagi dari bumi selatan Lubnan.’’

Pantas syaitan laknatullah mengeluarkan amaran bagi sesiapa yang berada di zon perang selatan Lubnan supaya keluar segera atau dihapuskan. Ini peperangan antara pihak syaitan atau Dajal dengan pihak manusia. Syaitan-syaitan ini tidak tahu menilai nyawa wanita, kanak-kanak dan orang tua. Situasi ini membimbangkan, berkemungkinan peristiwa pembunuhan Shabra dan Shatila di Palestin 17 September 1982 akan berulang.

Untuk rekod kepada peristiwa kejam itu, skuad syaitan Israel yang dipimpin iblis Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel) pada ketika itu, mengarahkan syaitannya melakukan pembunuhan besar-besaran di kem pelarian Palestin di Shabra dan Shatila yang terletak di Beirut Barat. Iblis Sharon mengisytiharkan terdapatnya 2,000 pengganas yang berlindung di kem tersebut dan mengarahkan kereta kebal dan tentera rejim untuk mengepung kem tersebut. Pelarian Palestin yang berlindung di kem tersebut telah digempur habis-habisan dan dibunuh tanpa belas kasihan termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak.

Celaka syaitan laknatullah! Sanggup membunuh umat Islam dengan begitu kejam sekali?! Argh! Celaka syaitan-syaitan laknatullah!

“Auz moyyah?[6]” Ilusi saya bertabrakan disapa ammu penjual air dari gerabak ke gerabak. Saya tersenyum sambil meminta air tin nenas berjenama Fayrouz. Saya toleh pada ustaz Arif di sebelah dan berhasrat mahu membeli setin air jus untuknya. Ustaz Arif geleng dan saya hanya membayar LE 3.25 untuk air sendiri. Penutup tin air dibuka dan bismillah! Sayapun meneguk jus dengan enak.

Saya melontar pandangan ke jihat[7] kanan dan keretapi tetap meluncur laju membawa saya kembali ke Kota Fustat. Sedar tak sedar, Rejab datang lagi. Bererti purnama Ramadhan sudah karib. Entah apa bahana yang akan menimpa umat Islam di Lubnan bersempena Ramadhan ini? Adakah ia sinonim dengan kebinasaan di Iraq dan Afghanistan?

Bersambung…

(Catatan : Ketika menulis catatan ini, penulis telah menerima beberapa buah emel dan gambar perang daripada warga Lubnan sendiri. Jika diberi peluang, penulis akan berkongsi dalam siri akan datang)

Glosari

[1] Sore : Petang atau senja.
[2] Mat’am : cafeteria atau kedai makan.
[3] Fatirah billahmah : Roti yang berisi daging.
[4] Fatirah bilkrimah L Roti yang berisi krim susu dan minyak sapi.
[5] Sawang : laman di internet
[6] Auz syai? : Mahu air the?
[7] Jihat : Arah.

No comments: