Monday, August 21, 2006

Jurnal 3 : RIBUT DARI GURUN
Oleh A. Ubaidillah Alias

SIRI jurnal ‘Ribut Dari Gurun’ ini akan saya tamatkan di sini. Justeru, saya mahu menampal beberapa gambar berkaitan peperangan di Lubnan. Gambar itu saya terima menerusi emel warga Lubnan. Di samping itu, saya mahu meluahkan sikap pelik rakyat dan pemimpin Malaysia.




Sandiwara berdarah ini akan terus berpentas di Lubnan. Darah akan berkucah dan nyawa akan terpisah. Selain soal kegilaan puak syaitan, ini adalah masalah senjata. Ia, senjata! Ketika peperangan memasuki hari ke-33, Perdana Menteri rejim syaitan, Ehud Olmert telah mengisytiharkan persetujuan gencatan itu di depan Kofi Annan dan Perdana Menteri Lubnan, Fuad Siniora. Pemimpin Hizbullah, Syeikh Nasrallah Hassan pula bersedia menerima gencatan itu jika puak syaitan itu mematuthinya. Gencatan ini bermula 13 Ogos yang lalu. Selepas itu apa? Adakah mereka bertindak seperti apa yang dikata? Bukankah mereka itu Syaitan! Syaitan tidak pernah faham erti janji dan amanah!


Lihat pada 20hb Ogos, terang-terang mereka mencabuli syarat gencatan senjata. Di Tel Aviv, menteri syaitan memberi amaran bahawa rejim ini akan terus melancarkan serangan di Lubnan dengan tujuan menyekat penyeludupan senjata kepada Hizbullah dari Syria. Kata Gideon Ezra yang dianggap sekutu rapat Perdana Menteri, Ehud Olmert kepada radio awam.

“Selagi tentera Lebanon dan pasukan pengaman antarabangsa belum ditempatkan (di selatan Lubnan), tentera Israel tidak akan menghentikan operasinya di wilayah itu bagi menyekat pemindahan senjata dari Syria.”

Justeru, komando syaitan melancarkan serangan maut jauh ke dalam wilayah Lebanon semalam dalam tindakan paling serius mencabar gencatan senjata yang memasuki hari keenam itu. Lubnan memberi amaran penghantaran askarnya ke kubu kuat Hizbullah di selatan negara itu mungkin digantung jika PBB gagal memastikan Israel mematuhi resolusi PBB. Fuad semalam mengutuk operasi tentera syaitan yang mencabul terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan.

Wahai Fuad, si syaitan ini memang sengaja berbuat begitu untuk menguji senjata barunya. Mereka sengaja cari kes untuk masuk dan membuat kemusnahan di tanah Lubnan. Tak perlu kutuk lagi sebab mereka itu syaitan terlaknat. Di bawah ini saya sertakan beberapa visual senjata terkini rejim syaitan.

(Gambar tidak disertakan)

- Tombak api(Pistol) istimewa milik syaitan yang digunakan untuk menembak objek terlindung.

(Gambar tidak disertakan)

- Ifrit kuning jenis baru yang digunakan untuk membunuh kanak-kanak Lubnan.

Sudah dahulu tentang Lubnan. Kita akan berbicara tentang Syaitan dan warga tanah air pula. Ketika membelek blog sendiri, seorang teman memberitahu bahawa dia bermimpi Malaysia diserang Israel. Jika mahu mengaitkan Malaysia dengan Yahudi, maka terdapat banyak perkara yang boleh dibangkitkan. Terlalu banyak! Cuma ia berlaku di bawah sedar masyarakat awam. Hakikatnya pemimpin Malaysia lebih tahu apa dan siapa mereka berurusan. Secara sedarnya, Malaysia semakin menuju kehancuran akibat industri hiburan yang berkembang tanpa sempadan.

Lihat sahaja filem ‘Gubra’ yang memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-19. Di dalamnya terdapat banyak perkara melampaui dan melanggari adat resam, budaya serta agama masyarakat di negara ini. Ia sebuah yang cerita yang dipenuhi dengan ciuman, pelukan, dakapan, gentelan, pautan, gomolan, belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan, dukungan, kucupan, rabaan dan geleman. Memang benar; peluk, cium, gurau senda yang mesra dan seumpanya (oleh sepasang suami isteri), adalah perencah kasih sayang! Tetapi ianya bukanlah untuk dipertontonkan. Malah, mereka (para pelakon) pun bukanlah suami isteri yang sebenar; hanya dalam filem.

Filem kucing-itik sebegini mendapat perhatian first class di Malaysia. Membuatkan otak remaja kita kian berkulat. kak Yasmin selaku pengarah/penulis skrip filem berkata "Saya sebenarnya terperanjat atas kemenangan ini. Saya tidak sangka Gubra akan menang. Tetapi saya tahu ibu bapa saya banyak berdoa untuk saya dan rajin berpuasa setiap kali filem-filem saya dipertandingkan," dipetik dari Utusan Online, bertarikh 16 Ogos 2006. Sila amati dan fahami makna tersirat perkataan yang saya gariskan. Tak sangka ya, orang yang bikin filem cium, raba dan gesel banyak berdoa serta berpuasa.

Itu isu hiburan, bagaimana pula dengan isu negara? Ada ura-ura mengatakan menantu Pak Lah, Khairy menjadi tali barut Yahudi. Katanya, Khairy telah menjual saham kepada syarikat Newbridge, sebuah syarikat milik Yahudi yang membayar S$312 juta untuk menguasai 26 peratus kepentingan dalam Parkway pada 26 Mei 2005. Richard Blum (pembiaya kewangan Zionis) dalam Parkway pemegang saham sebesar 624 juta. Pak Lah juga bersekongkol dalam menyusun hal ini.

Gandingan menantu-mentua ini benar-benar membahayakan aset dan ekonomi negara. Barangkali mereka ingin menjual Malaysia kepada Yahudi sepenuhnya. Iya, jual negara kepada kuffar. Tapi, apa boleh buat. Agamawan bukan pandai main saham. Malah ada sesetengah kita melarang orang Islam faham sistem dan cara penjualan saham. Jadi, siapa yang bodoh sekarang? Siapa pula yang cerdik?

Apapun, inilah realiti dunia akhir zaman. Bijak-bijakkan diri anda untuk berdiri di bumi yang penuh rencam ini. Jangan tutup mata, jangan pekakkan telinga. Jangan cuma tahu belajar dan bekerja cari wang, tetapi tidak tahu apa itu yang baik dan yang buruk. Kita memerlukan profesional dalam segenap bidang. Yang mampu berfikir dan bertindak. Orang terpelajar mesti berani untuk membikin perubahan dan menolak ancaman. Catatan Ribut Dari Gurun akan berhenti di sini. Tetapi akuilah, ribut tidak akan putus selagi angin dan badai wujud. Jika kita pulang ke tanah air nanti, jadilah ribut yang menggodam anasir sesat dan menyesatkan ini.

TAMAT

No comments: