Tuesday, August 15, 2006

Jurnal 2 : SIHIR DARI LANGIT MILKY WAY

SAYA tiba di Kaherah dengan selamat. Perjalanan kami dari Iskandariah ternoktah sebaik tiba di stesen keretapi Ramses. Keesokannya, saya menyambung tugasan sendiri yang melibatkan penulisan. Saya masih perlu menulis untuk buletin KERIS. Begitu juga menyiapkan jurnal ini untuk Suara Hewi. Dalam tempoh itu, saya meneliti berita-berita dari internet.

Saya memetik kekunci dan membaca maklumat yang tertera di skrin. Saya tidak pasti, adakah internet di rumah saya disambung menerusi kabel atau satelit. Apapun, internet ibarat sihir yang hebat. Ia umpama gudang besar yang menyimpan segala bahan maklumat dan kuncinya terletak di hujung jari kita. Hebat bukan? Jari anda adalah kunci kepada seluruh maklumat di dunia. Begitu juga satelit yang terapung di langit Milkyway. Ia juga sebagai penyambung maklumat dari benua ke benua. Hebat! Oh ya, mungkin anda sudah tahu bahawa Milkyway adalah nama sistem suria yang kita diami ini. Manakala Nebula adalah sistem suria yang paling dekat dengan kita.



Saya telah memetik kekunci untuk mengetahui kisah bumi Lubnan.

Ketika memasuki hari ke-16 serangan tentera Syaitan ke atas Lubnan, seramai 433 penduduk Lubnan terbunuh, manakala penduduk Palestin di Genting Gaza pula seramai 146 orang. Selama itu, kita tidur, bangun, ketawa dan bekerja seperti tiada apa-apa yang tidak kena pada umat Islam di dunia. Sedangkan Hizbullah dan Syaitan Nablus telah berbalas serangan sejak Hizbullah dilaporkan berjaya menahan dua askar rejim syaitan dalam serbuan di sempadan pada 12 Julai lalu. Tindakan penahanan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap penculikan ramai rakyat Lebanon dan Palestin termasuk jemaah menterinya.

Pesawat Ifrit yang ditunggangi Syaitan melancarkan lebih 400 peluru berpandu dan bom ke atas Khiam pada 27 Julai, walhal sebelum itu empat anggota tentera pemerhati PBB terkorban apabila pos mereka di bandar sempadan itu musnah dalam pengeboman tentera Syaitan. Gawat! Syaitan ini telah melanggar etika antarabangsa dengan membunuh wakil PBB. Ops! Saya terlupa, mereka adalah Syaitan. Tidak hairanlah mereka bertindak begitu. Adakah anda melihat? Bagaimana syaitan ini bergerak?

Saya menyaring fakta dari beberapa berita yang tertera di skrin. Peristiwa yang berlaku di Lubnan dan Palestin sebagai satu kebangkitan baru kepada umat Islam setelah mereka dizalimi dengan begitu rupa, khususnya dunia Barat tidak menerima gerakan Islam yang menang dalam pilihan raya melalui proses demokrasi. Sebagaimana yang kita tahu, konflik terbaru di Asia Barat merupakan agenda Syaitan dari Nablus. Pertama, mereka mahu menggulingkan kerajaan Hamas yang menang dalam pilihan raya, setelah Hamas tidak dibantu oleh negara-negara OIC khususnya Liga Arab. Kedua, Israel berusaha untuk melucutkan kekuatan persenjataan Hizbullah dengan mencetus pergolakan politik di Lubnan. Kita mengharapkan kedua-dua agenda Israel ini gagal.

Kita tahu bahawa dakwaan Dajjal(Amerika Syarikat) dan Syaitan(Israel) yang menyatakan bahawa Hizbullah dan Hamas dibantu Iran dan Syria itu memang benar. Namun, kita juga tahu bahawa tentera Syaitan ini terlebih dahulu mendapat bantuan daripada Dajjal, Britain, Perancis dan beberapa negara Barat yang lain. Tidak salah Iran atau Syria membantu Hizbullah dan Hamas. Bahkan wajib semua negara umat Islam membantu, jika tidak, menurut hukum Islam mereka akan menanggung dosa.

Iya, dosa besar! Adakah kita semua sedar? Adakah warga Malaysia di Mesir sedar?

Bagaimana dengan warga Malaysia di Malaysia? Cuba lihat beberapa visual ini.
Inilah nasib yang menimpa ke atas ibu dan anak warga lubnan. Andaikan sahaja kita berada di tempatnya. Sanggupkah kita? Bagaimana halnya pula dengan warga kita di Malaysia. Adakah mereka mengirim doa kepada saudara seagama? Adakah mereka menangis dan merintih di malam hari memohon bantuan ilahi?

Semua persoalan itu saya fikir adalah gimik. Realitinya, kita bernasib malang. Walaupun kita merdeka dan aman dari peperangan, maruah agama kita tercalar setiap waktu. Kenapa?

Terlalu banyak paradox antara dunia di sana dan di Malaysia, media kita sibuk dengan perkahwinan Siti dan Datuk K. Ketika anak-anak muslim terbunuh dan kehilangan ibubapa akibat ledakan bom serta peluru syaitan di Palestin dan Lubnan, anak-anak Malaysia sibuk bersorak nama Faizal selaku juara Akademi Fantasia musim keempat. Mereka lebih rela menjerit-menjerit sampai histeria atau menangis jika artis pujaan mereka menang pertandingan akademi. Malang bukan? Begitu juga dengan kenyataan terbaru dari JAWI yang memalukan agamawan. JAWI menyatakan bahawa mereka belum menemui kadi yang sesuai untuk mengahwinkan Siti dan Datuk K, kerana kadi yang ada tidak bersedia. Dibimbangi mereka akan gemuruh apabila dikerumuni dengan wartakan dan kamera saat majlis berlangsung. Logikkah hal ini berlaku? Sampai macam tu sekali taraf kadi diperlekehkan?

Maruah agama di Malaysia sangat lemah. Anak-anak muda kita terlalu asyik dengan sihir-sihir dari langit. Tayangan Astro, lagu-lagu dari internet dan sebagainya. Manakala wakil agama yang bekerja di bawah kerajaan pula tidak henti-henti memalukan agamawan sendiri. Apa masalah kita sebenarnya? Teruk benarkah orang Islam sekarang di Malaysia? Aduh! Ini belum lagi cerita yang melibatkan kes peguam Islam versus peguam yang menyokong IFC. Kes-kes begini jangan kata mendapat sokongan astro di bawah kendalian Ananda Krishnan. Malah dia juga salah seorang penyokong IFC. Nampaknya, sihir syaitan dari langit Milkyway menerusi satelit dan skrin benar-benar menyengat.

Saya memang mahu berhenti menyaring fakta. Apa yang mahu saya utarakan bahawa dunia umat Islam di Palestin mahupun Lubnan umpama terpisah dari dunia kita. Walaupun kita dan mereka seakidah, namun rasa ukhuwwah telah tiada. Kenapa? Kerana kita telah terkena sihir itu. Sihir dari langit yang meresap menerusi skrin-skrin monitor mahupun skrin televisyen. Ia buat kita lupa tentang nyawa saudara kita, ia buat kita lupa tentang agama kita dalam bahaya, ia buat kita lupa segala-galanya.

‘Tuhan, aku yakin bahawa kuasa-Mu mengatasi segalanya. Tetapi, hamba-Mu ini buta dalam melihat kebenaran-Mu dan mudah tersesat dengan kepalsuan dunia ciptaan-Mu. Ampunkan aku ya Allah. Selamatkan saudara-saudaraku di bumi yang penuh tumpah darah itu.’

2 comments:

tintaHati said...

Catatan anda telah mengingatkan saya pada mimpi ngeri subuh tadi. Saya bermimpi Malaysia diserang Israel. Beberapa bedilan bom telah dilemparkan oleh syaitan-syaitan itu. Memang dahsyat. Seolah-olah apa yang dilihat itu benar belaka. Saya hanya terjaga dari tidur bila bedilan handset saya berbunyi!

p/s: Saya menanti jurnal yang seterusnya.

A. Ubaidillah Alias said...

Saya juga takut, Malaysia akan diganyang oleh orang sekutu dengan menantu Pak Lah. Ada ura-ura mengatakan dia(Menantu pak lah) tali barut zionis.

Wallahu a'alam.