Sunday, May 28, 2006

KAHWIN MISYAR?

Pernah kawan bertanya "Enta berapa beradik?"

Aku jawab : 15.

Kawan : Betul ke? Sorang mak ada 15 anak?

Aku : Taklah, 15 beradik tu lahir menerusi dua orang mak. Ibu saya lahirkan 8 beradik including me. Ibu(tiri) saya sorang lagi lahirkan 7 beradik. Semuanya 15 beradik. Ramai kan?

Kawan : Hubungan cam mana? Rapat ke...atau...

Aku : Rapat...sangat rapat. Saya selalu ulang alik ke rumah ibu tiri semenjak umur sebelas tahun lagi. Adik tiri saya yang sulong(Siti Afifah) memang banyak membesar dengan saya. Saya selalu dukung dan bermain(waktu bersama).

Kawan : Uh, respect ah bapa awak. Boleh kahwin dua dan bahagia.

Aku : Saya lagi respect ibu saya. Dia isteri pertama dan dia tak pernah marahkan ibu muda. Malah kalau ada perkara-perkara mengenai hak, ibu saya yang sering ingatkan bapa supaya berlaku adil.

Kawan : Ish! Biar betul.

Aku : Betullah. Kalau ada lelaki kahwin dua dan bahagia. Bagi saya, itu bukan kejayaan si suami semata-mata...tetapi adalah berkat isteri pertama. Dia yang banyak bersabar dan berkorban dalam hal kahwin dua ni. Cemburu memang cemburu, tapi ibu saya sangat sabar kerana dia dididik oleh Atuk saya dengan penuh didikan agama. Saya tak boleh bayangkan bagaimana keadaan bapa kalau ibu saya kurang didikan agama. Pasti saya juga berada dalam suasana rumahtangga yang kusut.

Bapa saya memang beruntung juga, sebab ibu(tiri) saya yang sorang lagi tu juga orangnya baik. Tidak banyak mulut dan sering merendah diri.

Kawan : Saya setuju tu, ramai lelaki kahwin dua yang huru hara. Bergaduh, berbalah sampai cerai berai. Anak-anak yang jadi mangsa keadaan. Sebab utama, isteri pertama tak dapat terima hakikat dan kenyataan suaminya kahwin sorang lagi. Ditambah pula dengan sikap isteri muda yang 'demand'...memang pecah terbelah ler rumahtangga.

So, kesimpulannya. Sesiapa nak kahwin dua... selain masalah duit, paling penting kena fikirkan soal agama. Tak usah fikir soal kahwin misyar atau apa. Agama tu kena tahu dahulu. Mereka yang terdidik jiwanya dengan agama insya allah akan mampu memberi keharmonian dalam rumah tangga.

Moral : Jadilah ibu seperti kedua-dua ibu saya. :)

2 comments:

MZP said...

Ubai, adik anda yg perempuan sama tak dgn ibu anda? Boleh kenen-kenen...:D Bergurau meriangkan

[tak de maksud tersurat]
[maksud tersirat : tak de]

A. Ubaidillah Alias said...

Zaki,

Adik perempuan ana ada seramai enam orang. Satu adik kandung dan 5 adik tiri. Errmm...rasanya tak ade sorangpun macam ibu ana. Tapi, semuanya jurus2(baik2) belaker. Kuang3.

Nak tackle ke? Kena belanja abang dia makan pizza banyak2. Insya allah beyes ah.

-ubaid-