Tuesday, April 12, 2011


MENGINTAI CINTA KHALIFAH
A. Ubaidillah bin Alias
http://cairostudent.blogspot.com

Laila,

Jangan sesekali kau memetik bintang cinta dari langit kegelapan, lalu kau sematkan ia di dalam hatimu yang majhul hakikat. Kerana ia akan membawamu ke lubang zulmat. Jangan sesekali kau menyeru kata rindu tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan, kerana ia akan menjadi taufan yang meruntuhkan tugu keperibadian yang sedia berdiri di atas tapak pekertimu. Cinta itu seperti titisan jernih air hujan yang perlu ditadah dalam bekas suci, ditatap atas piring agama hingga memahamkan dirimu hakikat tuhan. Ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti seertinya.




Laila,

Cinta itu…satu misteri yang hanya mampu dibiaskan oleh nur ilahi. Hanya yang mengerti amanah khalifatullah akan mampu mengutip nur ilahi dan menyelamatkan manusia dari kebutaan cinta nafsu. Dan seharusnya setiap lelaki, menanai pekerti Al-Khalifah dan menatang cinta yang terkelarai dalam wadah kebenaran. Barulah nur ilahi akan menerangi setiap cebisan rindu, setiap keluhan resah, setiap sekelumit kasih yang mengguyur dalam jiwa manusia. Mudah-mudahan segala sengsara duniawi yang terhasil dari mimpi-mimpi manusiawi akan mampu diusir jauh dari realiti.

Laila,

Jika engkau benar-benar mahu bahagia, intailah cinta yang tersembunyi di dalam kamar Al-Khalifah. Jika bisa kau rebut ia dengan kekuatanmu, capailah semahunya. Mudah-mudahan resah yang kau tanggung, pilu yang kau usung, pedih yang menghurung, akan sirna dari lubuk kalbumu. Lalu kau perolehi damai abadi.


BAB 1


BAS Trans Liner dan bas Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan(SKMK) kelihatan berderet di terminal bas utama Kota Bharu. Di situ, orang awam menaiki bas yang akan menghantar mereka ke destinasi masing-masing. Sebuah bas Trans Liner laluan Kemubu memulakan perjalanan dari Kota Bharu ke Machang beberapa minit yang lalu. Kelihatan banyak kerusi kosong terutamanya di bahagian belakang. Imran menjeruk rasa yang membungkam dibalik sukma. Sudah sehari suntuk dia berada di Maahad Muhammadi Lelaki(MML), rasa letai memencar ke seluruh jasadnya. Kerana kepenatan itu, dia memilih tempat duduk di belakang, mahu sendirian.

Maahad Muhammadi Lelaki(MML) adalah sebuah sekolah yang bernaung di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menyediakan pengajian agama dan akademik. Ia diklasifikasikan sebagai sekolah bistari yang setaraf dengan sekolah kementerian di bawah kerajaan pusat. Pelajarnya berasal dari berbagai negeri, bagi pelajar luar Kelantan disediakan asrama untuk menginap. Asrama juga disediakan untuk pelajar yang berasal dari daerah hulu yang jauh dari Kota Bharu.

Imran melayan emosi sambil bersandar di kerusi. Akibat cuaca panas dan kepenatan, dia merasa rimas memakai songkok hitam. Dia mencabut songkok dan memasukkan ke dalam beg galasnya. Terasa selesa sekali apabila angin melanyah-lanyah rambut pendeknya. Seketika bas berhenti dan seorang gadis berpakaian uniform asrama menaiki bas. Dari arah depan gadis itu mencari-cari kerusi yang dirasakan sesuai, dan entah kenapa gadis itu memandang tepat ke matanya. Imran terbata dalam renungan singkat gadis bermata kuyu dan beralis runcing di hujung.

Terpukau.

Secara spontan gadis itu mengakrabi dan duduk di kerusi sebelahnya. Imran tertegun setagal, ada debar yang mengusik sukma. Imran terasa jakun, belum pernah dia duduk di sebelah perempuan muda yang sebaya dengannya. Apatah lagi dalam keadaan bas separuh kosong. Mindanya berkusar dalam emosi yang rencam. Naluri jahatnya bagai diseru-seru.

‘Mungkinkah itu hasutan syaitan?’ Getus hati Imran.

“Maaf, adakah saya mengganggu awak?” Suara gadis itu menyapa. Ada getar yang menyusup ke jiwa Imran. Dia menarik nafas dan menghadiahkan senyuman.

“Tidaklah, ok jer. Awak nak ke mana ni?” Imran memesrakan dirinya. Sejujurnya, dia sudah lama mahu berkenalan dengan gadis sebaya. Semenjak dia melangkah ke tingkatan tiga, emosi itu membuak-buak dalam dirinya. Setiap hari menonton drama percintaan dan membaca novel remaja, sudah tentu imaginasi untuk mendekati seorang gadis begitu menggunung.

“Saya nak ke MRSM Jeli.” Suara lembutnya menjentik nubari Imran.

“Jauhnya, kenapa tidak naik bas cepat ke Jeli?” Wajah tenang Imran terpamer.

“Sengaja, nak relaks. Bas cepat ke Jeli selalu penuh.” Senyum.

“Lambatlah sampai nanti? Hari dah nak malam ni?” Imran gusar. Gadis itu ketawa kecil. Imran hairan.

“Kenapa awak ketawa?”

“Sebenarnya, saya nak ke rumah pakcik saya di kampung Kemubu. Kemudian, dia akan hantar saya ke asrama di Jeli, malam nanti.”

“Oh…” Imran terkena. Dia ketawa kecil. Rasa seronok mula menjalar ke dalam jiwa. Inikah yang dinamakan cinta remaja?

“Nama awak siapa?” Imran menoleh dan bertanya.

“Laila Najwa. Awak?”

“Saya Imran…Imran Jazimin.”

“Gembira berkenalan dengan awak” Laila senyum dengan bibir mungil yang nipis. Mata galak Laila sesekali bertembung dengan pandangannya.

“Saya juga gembira berkenalan dengan awak” Balas Imran. Terasa ada bahang yang membuak di dadanya. Memandang mata gadis itu, membuatkan hati lelakinya meribut menggila. Entah perasaan apakah itu? Jatuh cinta? Atau gila?

Masa berborak berlalu pantas dan dia terpaksa berpisah sebaik tiba di destinasinya. Laila meneruskan perjalanannya ke rumah pakciknya. Pertemuan singkat itu tidak berakhir di situ sahaja. Imran sempat mengambil nombor telefon bimbit, emel dan alamat surat menyuratnya.

“Inikah cinta pandang pertama?” Bisik kalbu lelakinya.

4 comments:

Anonymous said...

Tygart is supposed to be a neutral party but his lust for the scalp of icon
Pacquiao has overcome his objectivity. Friday ' Along came a Spider: Sean Kingston's
- Birthday; DJ's Spider, G-Squared, Top 40, hip-hop, 80's.
Her passing, recounted so many times in the national media, produces no obituary
or funeral announcement in Nexis, and no mention in the Stanford student newspaper.


Feel free to visit my homepage ... Tao of Badass Review

Anonymous said...

Xbox Live comes in two flavors, Silver and Gold, but regardless
of which you choose, you can integrate it with Windows Live Messenger.
Live experience at no fee for the multiplayer sessions is now available with some
of the reputed websites dedicated to virtual game.
There is nothing open and even if there were you spent
way too much money on gifts.

My weblog; free microsoft points

Anonymous said...

Fіrstly, cheсk that they are apprесiated while inсreaѕing
employee morale and lacκ of understanding аbout ωhat Ryanaiг is all аbout.
This is tіed to establishing stгong anԁ
lоng lastіng pгoԁucts beyond youг
businеss imaginаtion.

mу web blog - internet marketing video tutorials

Julia Tarmidi said...

salam singgah dan follow. :)